me.....!!!!

me.....!!!!
zUrA aFFiizA

Sunday 14 April 2013

NOTHING to SAYS !

Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera :)

berblogging lagi walaupun 7hari lagi nk final.. bila dah nak final...makna nya dah nak habis.. hehe.. bila dah nak habis.. makna nya aku semakin menghampiri cita-cita dan impian aku...walaupun aku tahu..yang banyak halangan dan cabaran yang bakal hadir dalam hidup aku...

kadangkala.. aku seperti tidak mahu berjumpa dengan sesapa pun yang boleh mengingatkan aku dengan sesorang insan yang aku sayangi... melihat mereka yang berkaitan mengingatkan aku pada insan tersayang itu.. bukan mahu menyombong diri.. tetapi membawa diri dari mengingat dan melukakan hati ini.. mungkin nampak senang pada orang lain..tapi bukan aku.. aku tak pernah menerima kenyataan atas kehilangan insan yang aku sayang.. sampai hembusan nafasku yang terakhir.. 

aku sedar..bila aku terus begini.. aku tak kan berganjak ke tangga yang seterusnya.. tapi sampai bila-bila pun aku tak pernah dapat terima kenyataan ini... biarlah aku lari dari kenyataan .. aku tak mahukan kenyataan ini...

wajahnya tak pernah hilang dari kotak fikiranku.. sekalipun takkan pernah.. betapa aku menyayangi nya .. dunia akhiratku..

Tuesday 9 April 2013

aPakah iNi SurAtan kU....

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

Duduknya saya disini..cewahh..hihi..okey firstly aku terasa stress sangat2 sebab tu aku menaip dan meluahkan perasann disini..banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup nie..sampai aku dah tak tau ape yang harus aku lakukan.. hidup yang terasa terlalu sunyi..seperti berada seorang diri didalam dunia yang besar ini...

aku punyai IMPIAN.. aku bercita-cita nak capai IMPIAN aku..tapi bisakah aku menggapai impian ku ini...saat ini..aku sedang mencari jalan kearah IMPIAn ku..tapi aku masih samar-samar terhadapnya..bagaimana?? macam mana?? perlukah?? siapakah?? apakah?? oh semua itu berada di benak fikiranku..

bagaimana aku nak kejar IMPIAN ku itu??

macam mana aku nak mulakan??

perlukah aku buat begitu??

siapakan yang akan menjadi pendorong semangatku??

apakah aku akan bisa menggapai IMPIAN ku itu??

hmm...
saat ini aku mulakan langkah pertamaku..untuk menghabiskan segulung diploma yang arwah ayah aku harapkan..walaupun sangat sukar jalan ini...umpama berjalan didalam belukar yang penuh dengan duri2 yang tajam tanpa memakai kasut atau selipar.. itulah yang aku rasakan saat ini..tapi aku tahu..aku masih ada ALLAH untuk mendengar setiap rintihanku saat aku kesakitan saat terpijak duri2 yang berbisa itu..ALLAH jugalah pengubat luka2 itu...

saat ini juga aku tak pernah lupa IMPIAN ku itu... aku tahu ALLAH juga sedang menyusun jalan cerita buatku...pahit dan manis di setiap perjalanan untuk aku mencapai IMPIAN itu :)

aku yakin..suatu hari nanti IMPIAN itu akan menjadi milikku sepenuhnya..walaupun aku harus menundakan impian itu buat seketika.....