me.....!!!!

me.....!!!!
zUrA aFFiizA

Friday 23 November 2012

sEmEstER pEnuH pAncaRobA...


Aku dah lepas...lepas dari segala masalah yang menimpa ku semester ini....tinggal satu semester saja lagi..alhamdulillah..nampaknyer nak menghabiskan segulung diploma bukan senang..org cakap memang mudah..alah setakat diploma tu pun susah sangat nak habis...kalau kita setakat menghabiskan diploma jea..memang mudah..tapi untuk melalui jalan sepanjang kita lalui untuk menghabiskan diploma itulah satu jalan yang sangat panjang dan sukar sekali...kita manusia nie ALLAH akan uji dengan bermacam2 ujian..dan ujian yang kita terima tak sama...

Ape yang aku lalui ini mungkin lebih mematangkan aku...sepanjang semester ini...adalah semester yang paling sukar untuk aku teruskan..tapi dengan berbekalkan semangat yang ibuku berikan..dan juga permintaan terakhir arwah ayahku...aku nekad untuk habiskan semua ini...

Di awal semester, aku telah kehilangan nenek yang ku sayangi, tanpa melihat wajah terakhirnya...dan yang paling berat untuk aku terima..di akhir semester aku kehilangan ayah yang aku kasihi..untuk teruskan hidup selepas aku lalui semua ini bukanlah mudah... Mungkin pada pandangan org lain aku tabah untuk terima semua ini..aku pun berdoa dan berharap sangat aku boleh jadi setabah ape yang org lain Nampak pada diri aku...

Saat aku keseorangan...hanya Allah tempat aku bercerita...tempat aku melepaskan kesunyian yang teramat sangat..dan hanya padaNYA lah aku memohon pertolongan untuk tabahkan hati ini saat dilanda dugaan yang besar...

Moga-moga ape yang telah Allah berikan padaku ini, akan membuatkan aku jadi lebih tabah menghadapinya...InshaAllah~~Aminn~~

Monday 12 November 2012

sAtU......


Sudah Hampir seminggu aku mulakan hidup baru , tapi aku masih tak Nampak sinar yang menyinar hari-hariku.. betapa beratnya aku nak melangkah kehadapan , melupakan segala mimpi buruk yang aku alami.. banyak semangat yang aku terima dari kawan-kawan , dan juga ibuku J ..aku rindu ibuku dikampung..saat ini aku rasakan aku hanya perlukan ibuku untuk mendakapku agar aku dapat melupakan segala mimpi buruk ini... Final exam juga semakin menghampiri , aku cuba mengagahi diri ini agar dapat aku lalui semua ini dengan tenang..

Aku harus kuat untuk teruskan hidup nie.. yang pergi tetap pergi..dia milik allah.. tak patut aku persoalkan kenapa lagi..!

Aku sentiasa merasakan kehadirannya disisiku setiap kali aku merasa terlalu rindu padanya..aku selalu ingat kata- kata semangatnya padaku ... walaupun ianya dalam bentuk bebelan..Aku tahu dia sayangkan kami..dan dia tak tahu camna cara nak tunjukkan sayangnya pada kami.. benda dah berlalu tak patut dikenang lagi..dia pun sudah tiada lagi di dunia ini...
Pabila aku bangun pada setiap pagi..aku berharap sangat ini adalah mimpi buruk, yang paling buruk sepanjang hidupku.. tapi..terimalah kenyataan wahai hati..ini adalah kenyataan...ape sahaja perkara yang aku lakukan..pasti ade nasihat darinya..tp itu dulu..Pabila aku lakukan ape sahaja hari ini..suaranya masih terngiang-ngiang di telingaku..

YA ALLAH besarnya dugaan ini..apakah aku mampu????

Pabila aku melangkah masuk ke rumah ... bayangannya dimana-mana sahaja.. betapa aku terlalu merinduinya..Pabila aku lalu di tempat-tempat yang disukainya..aku pasti kan ternampak bayangannya...

YA ALLAH tabahkanlah hati ini menerima dugaan terbesar dariMU..

Awak..awak..awak...tolonglah hargai ayah awak selagi mata dia masih terbuka..tolonglah dengar nasihat dia selagi dia masih bisa bersuara..tolonglah tatap wajahnya dengan penuh rasa hormat dan penuh kasih sayang selagi kita boleh menatap wajahnya...

Awak..awak..awak... tolonglah jangan melawan ayah awak walaupun kadang kala itu salah dia..tolonglah jangan berikan pandangan yang penuh kemarahan dan kebencian pada dia...tolonglah jangan memalukan dia dengan menjatuhkan air muka dia..

Suatu hari nanti awak akan faham kenapa saya cakap semua ini...awak yang ade ayah dan ibu lagi tu..hargailah mereka oke...kita tak tahu bila ajal kita..itu semua allah telah aturkan..

YA ALLAH kau tempatkan ayahku dikalangan orang-orang yang beriman..kau lapangkanlah kuburnya selapang-lapang mata memandang..kau jauhilah dia dari azab kubur...AMIN~

Friday 9 November 2012

INILAH KEHIDUPAN


7~11~2012

Hari ini seperti mimpi, mimpi ngeri yang slalu aku terima.. tapi.. tapi ini bukan mimpi sebenarnya, ini adalah reality yang sedang aku lalui.. reality yang terlalu ngeri buatku. Sekelip mata aku kehilangannya,, tanpa aku sedar..

Hari ni aku rasa terlalu kosong, aku cuba mencari warna-warna kehidupan aku yang lalu..aku cuba mencapainya, tapi aku tak mampu. Hari ini ALLAH menduga ku lagi..tapi bukan dugaan yang kecil yang seperti selalu aku terima, ini adalah satu dugaan yang boleh membuatkan aku jatuh tersungkur di pertengahan jalan.

Buat pertama kalinya aku miliki satu perasaan yang tidak bisa ku ungkap dengan kata2..hanya allah maha mengetahui..astafirullahAlazim

Jasadku kuat demi memegang amanah yang diterima dari arwah..tapi hatiku lemah selemah-lemahnya.. aku harus kuat di depan ibuku, kerana aku tahu dia tak mampu untuk menerima dugaan yang terlalu besar buad dirinya.. aku harus menjadi kekuatan untuk ibuku meneruskan hari-harinya..

Selalunya bila aku balik kampung..arwah ayah sllu beleter padaku..tapi bila hari ini aku pulang kekampung..aku hanya melihat sekujur tubuh yang kaku tanpa kata2 semangat darinya lagi..ya allah peritnya rasa dugaan ini..kenapa aku ya allah? Kenapa harus aku yang di uji macam nie? Dah takde org lain kah ya allah? Pertanyaan itu selalu datang bertanya di benak fikiranku tatkala aku benar2 merinduinya...setiap masa aku rinduinya..

hari ini aku terpaksa balik awal ke kampus untuk meneruskan pengajian ku tidak sampai sebulan lagi..berat hati hendak meninggalkan ibuku dalam keadaannya begitu..tapi aku terpaksa..demi amanah terakhir arwah yang di pikul..aku terpaksa balik segera ke kampus..melihat keadaan ibuku yang sebegitu..membuatkan aku menjadi lemah..terlalu lemah..

setiap yang hidup di muka bumi ini pasti akan merasai mati..inilah yang telah allah janjikan untuk maklukh ciptaan nya ..bersabarlah wahai hati..kerana allah lebih menyayanginya..

aku masih cuba menerima kenyataan pada setiap hembusan nafasku..aku akan cuba hiburkan hari2 ku..demi kehidupan masa depan..

yang pergi biarlah pergi...kita yang hidup harus teruskan kehidupan ini..dan suatu hari nanti kita pasti akan merasai mati juga..

hargailah ibu dan ayah korang selagi mereka masih hidup...tapayah nak tunggu saat terakhir sangat untuk memohon ampun darinya..tulah satu2nya ibu dan ayah yang kita ade..hilang mereka di dunia ini ...tiada penggantinya..