me.....!!!!

me.....!!!!
zUrA aFFiizA

Friday 9 November 2012

INILAH KEHIDUPAN


7~11~2012

Hari ini seperti mimpi, mimpi ngeri yang slalu aku terima.. tapi.. tapi ini bukan mimpi sebenarnya, ini adalah reality yang sedang aku lalui.. reality yang terlalu ngeri buatku. Sekelip mata aku kehilangannya,, tanpa aku sedar..

Hari ni aku rasa terlalu kosong, aku cuba mencari warna-warna kehidupan aku yang lalu..aku cuba mencapainya, tapi aku tak mampu. Hari ini ALLAH menduga ku lagi..tapi bukan dugaan yang kecil yang seperti selalu aku terima, ini adalah satu dugaan yang boleh membuatkan aku jatuh tersungkur di pertengahan jalan.

Buat pertama kalinya aku miliki satu perasaan yang tidak bisa ku ungkap dengan kata2..hanya allah maha mengetahui..astafirullahAlazim

Jasadku kuat demi memegang amanah yang diterima dari arwah..tapi hatiku lemah selemah-lemahnya.. aku harus kuat di depan ibuku, kerana aku tahu dia tak mampu untuk menerima dugaan yang terlalu besar buad dirinya.. aku harus menjadi kekuatan untuk ibuku meneruskan hari-harinya..

Selalunya bila aku balik kampung..arwah ayah sllu beleter padaku..tapi bila hari ini aku pulang kekampung..aku hanya melihat sekujur tubuh yang kaku tanpa kata2 semangat darinya lagi..ya allah peritnya rasa dugaan ini..kenapa aku ya allah? Kenapa harus aku yang di uji macam nie? Dah takde org lain kah ya allah? Pertanyaan itu selalu datang bertanya di benak fikiranku tatkala aku benar2 merinduinya...setiap masa aku rinduinya..

hari ini aku terpaksa balik awal ke kampus untuk meneruskan pengajian ku tidak sampai sebulan lagi..berat hati hendak meninggalkan ibuku dalam keadaannya begitu..tapi aku terpaksa..demi amanah terakhir arwah yang di pikul..aku terpaksa balik segera ke kampus..melihat keadaan ibuku yang sebegitu..membuatkan aku menjadi lemah..terlalu lemah..

setiap yang hidup di muka bumi ini pasti akan merasai mati..inilah yang telah allah janjikan untuk maklukh ciptaan nya ..bersabarlah wahai hati..kerana allah lebih menyayanginya..

aku masih cuba menerima kenyataan pada setiap hembusan nafasku..aku akan cuba hiburkan hari2 ku..demi kehidupan masa depan..

yang pergi biarlah pergi...kita yang hidup harus teruskan kehidupan ini..dan suatu hari nanti kita pasti akan merasai mati juga..

hargailah ibu dan ayah korang selagi mereka masih hidup...tapayah nak tunggu saat terakhir sangat untuk memohon ampun darinya..tulah satu2nya ibu dan ayah yang kita ade..hilang mereka di dunia ini ...tiada penggantinya..

1 comment: