me.....!!!!

me.....!!!!
zUrA aFFiizA

Monday 10 December 2012

hArii HaRii


Harini stress giler lepas dapat tau keputusan semester 5 ku....down giler.. L

Hum..aku gagal terokk kali nie....mungkin ini ade hikmahnyerr...selepas kehilangan sesuatu yang sangat bermakna dalam hidupku..dan ape yang aku terima hari ini..humm membuatkan aku beribu-ribu kali merasa kekesalan dalam diri ini...YA ALLAH tabahkan hati ini menerima segala ini YA ALLAH..aku harus berdiri dia atas kaki aku sendiri kini...aku harus kehadapan bukan berada di takuk yang lama...aku harus terus menggali dan menggali...bukan berhenti di tahap ini sahaja...tabahkanlah hati ini YA ALLAH untuk ujian mu ini....


Yang di atas ini adalah sesuatu yang membuatkan hatiku tenang...nilah satu-satunya yang membuatkan tekanan ku berkurangan....sempena hari jadi adik aku yang ke 13 dan hari jadi abang aku yang ke 23..dan sempena hari aku stress nie..so jadilah benda kat atas nie...dan juga sempena aku nak balik esok hari...huhuhu...inilah kehidupan..kehidupan yang harus aku lalui...hmmm...

k lah sampai disini saja lah...nak pergi kemas baju..besok pepagi bute dah nak balik..humm...bai bai
assalamualaikum


Friday 23 November 2012

sEmEstER pEnuH pAncaRobA...


Aku dah lepas...lepas dari segala masalah yang menimpa ku semester ini....tinggal satu semester saja lagi..alhamdulillah..nampaknyer nak menghabiskan segulung diploma bukan senang..org cakap memang mudah..alah setakat diploma tu pun susah sangat nak habis...kalau kita setakat menghabiskan diploma jea..memang mudah..tapi untuk melalui jalan sepanjang kita lalui untuk menghabiskan diploma itulah satu jalan yang sangat panjang dan sukar sekali...kita manusia nie ALLAH akan uji dengan bermacam2 ujian..dan ujian yang kita terima tak sama...

Ape yang aku lalui ini mungkin lebih mematangkan aku...sepanjang semester ini...adalah semester yang paling sukar untuk aku teruskan..tapi dengan berbekalkan semangat yang ibuku berikan..dan juga permintaan terakhir arwah ayahku...aku nekad untuk habiskan semua ini...

Di awal semester, aku telah kehilangan nenek yang ku sayangi, tanpa melihat wajah terakhirnya...dan yang paling berat untuk aku terima..di akhir semester aku kehilangan ayah yang aku kasihi..untuk teruskan hidup selepas aku lalui semua ini bukanlah mudah... Mungkin pada pandangan org lain aku tabah untuk terima semua ini..aku pun berdoa dan berharap sangat aku boleh jadi setabah ape yang org lain Nampak pada diri aku...

Saat aku keseorangan...hanya Allah tempat aku bercerita...tempat aku melepaskan kesunyian yang teramat sangat..dan hanya padaNYA lah aku memohon pertolongan untuk tabahkan hati ini saat dilanda dugaan yang besar...

Moga-moga ape yang telah Allah berikan padaku ini, akan membuatkan aku jadi lebih tabah menghadapinya...InshaAllah~~Aminn~~

Monday 12 November 2012

sAtU......


Sudah Hampir seminggu aku mulakan hidup baru , tapi aku masih tak Nampak sinar yang menyinar hari-hariku.. betapa beratnya aku nak melangkah kehadapan , melupakan segala mimpi buruk yang aku alami.. banyak semangat yang aku terima dari kawan-kawan , dan juga ibuku J ..aku rindu ibuku dikampung..saat ini aku rasakan aku hanya perlukan ibuku untuk mendakapku agar aku dapat melupakan segala mimpi buruk ini... Final exam juga semakin menghampiri , aku cuba mengagahi diri ini agar dapat aku lalui semua ini dengan tenang..

Aku harus kuat untuk teruskan hidup nie.. yang pergi tetap pergi..dia milik allah.. tak patut aku persoalkan kenapa lagi..!

Aku sentiasa merasakan kehadirannya disisiku setiap kali aku merasa terlalu rindu padanya..aku selalu ingat kata- kata semangatnya padaku ... walaupun ianya dalam bentuk bebelan..Aku tahu dia sayangkan kami..dan dia tak tahu camna cara nak tunjukkan sayangnya pada kami.. benda dah berlalu tak patut dikenang lagi..dia pun sudah tiada lagi di dunia ini...
Pabila aku bangun pada setiap pagi..aku berharap sangat ini adalah mimpi buruk, yang paling buruk sepanjang hidupku.. tapi..terimalah kenyataan wahai hati..ini adalah kenyataan...ape sahaja perkara yang aku lakukan..pasti ade nasihat darinya..tp itu dulu..Pabila aku lakukan ape sahaja hari ini..suaranya masih terngiang-ngiang di telingaku..

YA ALLAH besarnya dugaan ini..apakah aku mampu????

Pabila aku melangkah masuk ke rumah ... bayangannya dimana-mana sahaja.. betapa aku terlalu merinduinya..Pabila aku lalu di tempat-tempat yang disukainya..aku pasti kan ternampak bayangannya...

YA ALLAH tabahkanlah hati ini menerima dugaan terbesar dariMU..

Awak..awak..awak...tolonglah hargai ayah awak selagi mata dia masih terbuka..tolonglah dengar nasihat dia selagi dia masih bisa bersuara..tolonglah tatap wajahnya dengan penuh rasa hormat dan penuh kasih sayang selagi kita boleh menatap wajahnya...

Awak..awak..awak... tolonglah jangan melawan ayah awak walaupun kadang kala itu salah dia..tolonglah jangan berikan pandangan yang penuh kemarahan dan kebencian pada dia...tolonglah jangan memalukan dia dengan menjatuhkan air muka dia..

Suatu hari nanti awak akan faham kenapa saya cakap semua ini...awak yang ade ayah dan ibu lagi tu..hargailah mereka oke...kita tak tahu bila ajal kita..itu semua allah telah aturkan..

YA ALLAH kau tempatkan ayahku dikalangan orang-orang yang beriman..kau lapangkanlah kuburnya selapang-lapang mata memandang..kau jauhilah dia dari azab kubur...AMIN~

Friday 9 November 2012

INILAH KEHIDUPAN


7~11~2012

Hari ini seperti mimpi, mimpi ngeri yang slalu aku terima.. tapi.. tapi ini bukan mimpi sebenarnya, ini adalah reality yang sedang aku lalui.. reality yang terlalu ngeri buatku. Sekelip mata aku kehilangannya,, tanpa aku sedar..

Hari ni aku rasa terlalu kosong, aku cuba mencari warna-warna kehidupan aku yang lalu..aku cuba mencapainya, tapi aku tak mampu. Hari ini ALLAH menduga ku lagi..tapi bukan dugaan yang kecil yang seperti selalu aku terima, ini adalah satu dugaan yang boleh membuatkan aku jatuh tersungkur di pertengahan jalan.

Buat pertama kalinya aku miliki satu perasaan yang tidak bisa ku ungkap dengan kata2..hanya allah maha mengetahui..astafirullahAlazim

Jasadku kuat demi memegang amanah yang diterima dari arwah..tapi hatiku lemah selemah-lemahnya.. aku harus kuat di depan ibuku, kerana aku tahu dia tak mampu untuk menerima dugaan yang terlalu besar buad dirinya.. aku harus menjadi kekuatan untuk ibuku meneruskan hari-harinya..

Selalunya bila aku balik kampung..arwah ayah sllu beleter padaku..tapi bila hari ini aku pulang kekampung..aku hanya melihat sekujur tubuh yang kaku tanpa kata2 semangat darinya lagi..ya allah peritnya rasa dugaan ini..kenapa aku ya allah? Kenapa harus aku yang di uji macam nie? Dah takde org lain kah ya allah? Pertanyaan itu selalu datang bertanya di benak fikiranku tatkala aku benar2 merinduinya...setiap masa aku rinduinya..

hari ini aku terpaksa balik awal ke kampus untuk meneruskan pengajian ku tidak sampai sebulan lagi..berat hati hendak meninggalkan ibuku dalam keadaannya begitu..tapi aku terpaksa..demi amanah terakhir arwah yang di pikul..aku terpaksa balik segera ke kampus..melihat keadaan ibuku yang sebegitu..membuatkan aku menjadi lemah..terlalu lemah..

setiap yang hidup di muka bumi ini pasti akan merasai mati..inilah yang telah allah janjikan untuk maklukh ciptaan nya ..bersabarlah wahai hati..kerana allah lebih menyayanginya..

aku masih cuba menerima kenyataan pada setiap hembusan nafasku..aku akan cuba hiburkan hari2 ku..demi kehidupan masa depan..

yang pergi biarlah pergi...kita yang hidup harus teruskan kehidupan ini..dan suatu hari nanti kita pasti akan merasai mati juga..

hargailah ibu dan ayah korang selagi mereka masih hidup...tapayah nak tunggu saat terakhir sangat untuk memohon ampun darinya..tulah satu2nya ibu dan ayah yang kita ade..hilang mereka di dunia ini ...tiada penggantinya..

Wednesday 5 September 2012

TeRiiNgiiN mEnCubA......

assalamualaikum...salam sejahtera :)

harini tergerak hati nak bukak dan bace blog2 yang terpilih...so,bila dah tengok blog2 yang ade...hurmm...cantiknya...dan ade je masej2 yang hendak disampaikan...juga benda2 yang nak dikongsi bersama...it's look so nice lha...

hmmm....dalam hati nie teringin jugak nak jadi sorang blogger (angan2 je tuh) haha...

then..beberapa saat selepas itu...aku punyai satu idea untuk memeriahkan blog aku nie...dan aku tahu entri ape yang patut aku masukkan...yang bole buad aku hepy menulis...dan juga orang lain tak jemu nak membaca...insyaallah...tak salah mencuba rasanya...kan..kan :)

haha...nantikan lha...entri2 yang best untuk di baca nanti :) (sekadar ingin mencuba...) mudah-mudahan menjadi..

selamat malam ((:

Saturday 1 September 2012

NoThiNg tO sAys......

Harini aku hepy sangat-sangat...nak tau tak kenapa?? sebab..harini aku dapat luangkan masa dengan seseorang...walaupun dah duduk dekat...tapi kami jarang jumpa...nak keluar pun sesekali jer...

nie gamba aku !!
nie gamba dia !!

nie adalah gambar peneman kami !!


hehe ~ yang nie...biarlah rahsia


~sweet~


Thursday 30 August 2012

who am i ???


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hai..im twenty now !! oh, sudah 20 umurku...alhamdulillah,syukur kehadrat illahi kerana aku masih lagi berpeluang untuk meneruskan kehidupan ini J  walaupun banyak sangat-sangat halangan yang aku lalui untuk meneruskan kehidupan ini...ALLAH S.W.T tidak akan menguji diluar kemampuan umatnya...walaupun kadangkala ujiannya membuatkan aku lemah..namun aku tahu..DIA selalu ada untukku..setiap masa..yang selalu memberikan aku kesusahan dan juga kesenangan..itu semua untuk menguji sejauh mana kuatnya keimanan ku terhadapNYA... J

Kedewasaan ini akan membuatkan aku lebih matang dan kuat untuk menghadapi segala ujian dan cabaran yang bakal mendatang...insyaallah J berharap agar diriku lebih kuat dan bersedia selepas ini..untuk mengharungi segalanya di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan sesiapa J be a strong women from now on.

Hari lahirku tahun ini begitu berbeza sekali J kalau tahun lepas ianya tidak member apa-apa makna padaku walaupun aku tahu,aku harus mensyukuri nikmatnya kerana masih berpeluang menyedut dan menghembus nafas keluar J mungkin hari lahir kali ini membuatkan aku berfikiran lebih matang dan lebih mengenali diriku serta mensyukuri nikmatnya...
Setiap orang pasti akan berubah..berubah lha kearah kebaikan J percayalah pada diri..

tiada siapa yang akan percaya pada diri kita melainkan diri kita sendiri...dan tiada siapa yang boleh mengubah diri ini melainkan kita sendiri... J

Monday 13 August 2012

nEw ^_^

haii...


hari nie aku buad lembaran baru tok blog aku....saje je tukar angin..hihih..actually nie pun...kawan aku ajar sikit2...aku nie mane lah nak reti blogging2 nie...hehe...insyaallah nati aku upgrade lagi supaya jadi lebih menarik...hihii...baru ade semangat na bukak blog selalu
..
. (^_^)V

Saturday 30 June 2012

cuti-cuti


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Lamanya tak bercerita di sini..almaklumlah cuti-cuti semester nie memang susah nak ade line internet..haha…papepun tinggal bape minggu je lagi nak masuk semester yang baru..banyak benda yang aku harungi tok habiskan semester yang lepas..alhamdulillah semuanya dah berlalu…tok beberapa minggu lagi lembaran baru akan terbuka dan tercatitlah semula kehidupanku sebagai seorang pelajar..tak lama dah..nie tahun terakhir..mudah-mudahan semuanya berjalan lancar..insyaallah..
So, bila dah pulang ke kampung halman nie..memang banyaklah story..lagi-lagi lah banyak kalau aku xdapat na serve internet…haha..sepanjang aku practical khidupan ku agak sedikit bosan jugalah…tapi kata orang setiap hari pasti ada cabaran yang datang..yang pastinya memang banyak cabaran dan dugaan aku na habiskan practical aku yang tak sampai pun 6bulan nie…rutin harian ku semasa practical pun same jerr…haha nasib badanlah, bila pekara yang kita tak minat, tapi kita cuba juga buad..tekanan tu jangan cakaplah…kalu aku tak boleh sabar gan sume nie..aku rasa tempat aku tanjung rambutan dah…tapi syukur sangat-sangat…alhamdulillah aku masih lagi waras ^_^…
Dalam kehidupan nie, banyak benda yang tak boleh kita jangka, yang akan terjadi, tanpa kita rancang…semakin kita dewasa..semakin banyak perkara yang harus kita fikirkan..tak de sape pun yang boleh mengubah hidup nie melainkan kita sendiri yang cuba mengubah nasib hidup kita…dan selagi tidak melanggar laranganNYA…and mengikut suruhanNYA…haish panjang pulak celoteh aku nie…haha..almaklumlah dah lama tak merepek gan kawan-kawan…keseorangan di rumah..terasa kesunyian bila takde usikan kawan-kawan..^_^
Kerinduan pada sahabat-sahabat dan juga teman-teman sepejuangan, hampir 8 bulan tak jumpa…..rindukan suasana belajar J…dan rindu juga pada someone yang hamper setahun berjauhan…nasib baik ada gambar-gambar sebagai pengubat rindu..
Hahaha…nie baru mukaddimah dia…dah habis satu muka surat…ini akibat tak de sape na dengar story aku kat sini…bosan sesangat tak de kawan..nasib baik ade lappy peneman tatkala kebosanan…



Tujuan utama aku na tulis blog hari nie sebab aku na lepaskan kegembiraan sebab dapat jumpa sahabat terbaik aku sorang nie..jap2 aku sempat snap gambar dia gan aku…tengoklah dlu..


Nielah kawan baik aku…yang paling paham aku dari sekolah lagi…sampai adelah yang cemburu dengan persahabatan kami ini…comel kan orangnya..lagi comel kalu dia tegelak..hihi J
Gambar nie aku snap mase kawin kawan kami..dah kawin kawan aku sorang nie..macam baru semalam je main kejar-kejar gan ko..


Aku pon nak intefreme…hihi…mana tau kan melekat plak dapat kawin cepat…hihiihi..alhamdulillah majlis bejalan lancar…Cuma bersanding dia bulan september nanti…insyallah aku hadirkan diri jika takde aral yang melintang..disebabkan aku dah kenal rapat gan dia…so jadi serba salah jika aku tak menghadirkan diri..dia nie kawan aku dari kecik…lasak orangnya..tapi simple jea..memang xsuka kalut2…okeylah semoga berbahagia yea kawan…

Haha…ade lagi cerita yang aku na cerita nie…almaklumlah dah lama tak bercerita…kali nie aku nak bercerita tentang buah hatiku sicomel yang paling buad aku rindu na balik kampung…melihat telatah dia..





…mula2 dulu takut gan aku..asal jumpa aku jea lari menyorok…haha..tapi lama2 dyorang yang datang sendiri carik aku..nak main gan aku..seronok main gan budak2 nie..hilang stress…haha..cukuplah cerita pasal budak2 nie..na cerita memang tak habis punyer,,

Kali nie aku na cerita pasal kawan2 baru aku…aku suka carik pengalaman baru..walaupun sekejap..aku dah rapat gan dyorang nie..haha..mudahnya na cari kawan kan…asalkan kita ikhlas berkawan sudah cukup..ramailah kawan yang kita dapat..meh aku citerkan..sementara aku cuti semester nie…engat nak carik duit poket skit…haha ternyata aku xmampu dengan report nak kena siapkan lagi..sress aku jadinya..aku sempat kerja seminggu jea kat sebuah kedai yang xsebesar mana berdekatan dengan area rumahku…well, memang kerja nampak senang…bila dah diri sendiri yang buad…huh! Memang terasa penatnya…macam-macam ragam pelanggan ade..kesabaran memang amat diperlukan..tapi aku sempat snap picture..tak banyak…sikit jea..

 




 Dyorang nie..satu kepala jugaklah gan aku..kadang2 giler kadang2 serius..hihi..tapi aku xleh nak lama2 bekerja..sebab memang terlalu penad…bila aku balik keja jea…lembik aku jadinya..so, memang aku xleh teruskan..jadi aku terpaksa berhenti dan siapkan report practical aku yang lebih penting dari kerja mencari duit poket..hahaha…tapi okeylah…dapat pengalaman baru lagi..kawan baru…suasana baru..seronok.. cuti semester yang menyeronokkkan walaupun bukan bercuti dengan family…pengalaman hidup tu lebih penting untuk aku belajar apa itu erti kehidupan, walaupun sedikit…J




okeylah...sampai disini dulu ceritaku ini...ini nasib baik jea dapat bukak internet nie...line menyebelahi aku plak hari nie...alhamdulillah..kalu nak di ikutkan memang banyak lagi aku nak cerita...tapi takut line putus jap g...ape pun tak bleyh.. :)

okeylah salam sejahtera, senyum selalu...bye bye

wasalam





Thursday 26 April 2012

sAtu tAhUn sAtU buLaN


assalamualaikum ...

    27 hb setiap bulan pasti mengingatkan aku tentang sesuatu…untuk pertama kalinya hatiku benar-benar di miliki seseorang…mungkin orang nampak biasa sahaja pada dirinya…tapi bagiku…dialah yang teristimewa buadku…
sori saiya curi2 snap mase skype


Dah 13 bulan aku mengenali dia…susah senang aku dia selalu berada di sisiku…selalu memberikan semangat padaku..nasihat yang berguna…mungkin kehadirannya sedikit sebanyak mengubah diriku ke arah kebaikan…awak tak pernah marah , tengking atau amik hati dengan saya sewaktu saya melakukan kesilapan..tapi awak berikan nasihat dengan cara yang baik…tu yang membuatkan saya senang na bekongsi susah senang saya besama awak…semakin hari aku bersamanya…semakin hatiku tertarik pada dirinya…yang mungkin ada suka dan duka melayani diriku ini yang terlalu-lalu cerewet…walaupun kadang-kadang kesabaran awak hilang dalam melayan saya yang banyak songeh nie…saya mintak maaf ae…terima kasih kerana terima diri yang terlalu-lalu banyak kekurangan ini…sudi menjadi cahaya yang menerangi hidup yang suram ini…insyaallah saya akan cuba mengubah diri ini menjadi yang terbaik buad awak satu hari nanti…hopfully awak terima baik buruk yang ada pada saya…thanks make me smile every second…pastinya u are the special person in my heart…halangan tu pasti ada dalam setiap perhubungan…saya harap…setiap halangan yang kita lalui menguatkan lagi perhubungan nie…I’ll be waiting for u k…Insyaallah…saya akan buad awak tersenyum juga sepertimana awak mengukirkan senyuman di bibir saya tak kira saya sedang bersedih atau sedang gembira…saya akan tersenyum selagi saya mampu untuk tersenyum dan buad awak happy…ehehe J ok awak thanks sbb sudi bace benda mengarut saya buad nie…sepanjang 13 bulan ini mungkin macam- macam cara kita lakukan untuk mengingati tarikh ini…alhamdulillah tarikh ini selalu jatuh pada hari yang baik…hari ini..saya luahkannya melalui hasil tulisan saya nie…ape pun terima kasih.... 

kerana awak yang selalu ingat tarikh nie dan saya yang selalu lupa…maaf..tak lupa dah..hihihihi J
Walaupun kadang-kadang saya terlalu alpa dengan kemewahan dunia…terima kasih kerana selalu mengingatkan saya sebagai makhluk ciptaannya di dunia ini…awak sudah cukup baik untuk saya mensyukuri nikmatNYA…saya cukup bertuah kerana memiliki hati awak…saya tidak pndai mengungkap dgn kata2…harap awak faham cara saya…thnks 




terima kasih......