me.....!!!!

me.....!!!!
zUrA aFFiizA

Monday 12 November 2012

sAtU......


Sudah Hampir seminggu aku mulakan hidup baru , tapi aku masih tak Nampak sinar yang menyinar hari-hariku.. betapa beratnya aku nak melangkah kehadapan , melupakan segala mimpi buruk yang aku alami.. banyak semangat yang aku terima dari kawan-kawan , dan juga ibuku J ..aku rindu ibuku dikampung..saat ini aku rasakan aku hanya perlukan ibuku untuk mendakapku agar aku dapat melupakan segala mimpi buruk ini... Final exam juga semakin menghampiri , aku cuba mengagahi diri ini agar dapat aku lalui semua ini dengan tenang..

Aku harus kuat untuk teruskan hidup nie.. yang pergi tetap pergi..dia milik allah.. tak patut aku persoalkan kenapa lagi..!

Aku sentiasa merasakan kehadirannya disisiku setiap kali aku merasa terlalu rindu padanya..aku selalu ingat kata- kata semangatnya padaku ... walaupun ianya dalam bentuk bebelan..Aku tahu dia sayangkan kami..dan dia tak tahu camna cara nak tunjukkan sayangnya pada kami.. benda dah berlalu tak patut dikenang lagi..dia pun sudah tiada lagi di dunia ini...
Pabila aku bangun pada setiap pagi..aku berharap sangat ini adalah mimpi buruk, yang paling buruk sepanjang hidupku.. tapi..terimalah kenyataan wahai hati..ini adalah kenyataan...ape sahaja perkara yang aku lakukan..pasti ade nasihat darinya..tp itu dulu..Pabila aku lakukan ape sahaja hari ini..suaranya masih terngiang-ngiang di telingaku..

YA ALLAH besarnya dugaan ini..apakah aku mampu????

Pabila aku melangkah masuk ke rumah ... bayangannya dimana-mana sahaja.. betapa aku terlalu merinduinya..Pabila aku lalu di tempat-tempat yang disukainya..aku pasti kan ternampak bayangannya...

YA ALLAH tabahkanlah hati ini menerima dugaan terbesar dariMU..

Awak..awak..awak...tolonglah hargai ayah awak selagi mata dia masih terbuka..tolonglah dengar nasihat dia selagi dia masih bisa bersuara..tolonglah tatap wajahnya dengan penuh rasa hormat dan penuh kasih sayang selagi kita boleh menatap wajahnya...

Awak..awak..awak... tolonglah jangan melawan ayah awak walaupun kadang kala itu salah dia..tolonglah jangan berikan pandangan yang penuh kemarahan dan kebencian pada dia...tolonglah jangan memalukan dia dengan menjatuhkan air muka dia..

Suatu hari nanti awak akan faham kenapa saya cakap semua ini...awak yang ade ayah dan ibu lagi tu..hargailah mereka oke...kita tak tahu bila ajal kita..itu semua allah telah aturkan..

YA ALLAH kau tempatkan ayahku dikalangan orang-orang yang beriman..kau lapangkanlah kuburnya selapang-lapang mata memandang..kau jauhilah dia dari azab kubur...AMIN~

No comments:

Post a Comment